Nov10

Penggabungan bank mega dijangka pada awal 2015
0.0/5 rating (0 votes)

Categories // Press Release

pegabungan bank

Jamil Khir Baharom (kiri) menerima cenderamata daripada Ibrahim Hassan (tengah) sambil diperhatikan Mohd. Daud Bakar (kanan) pada majlis perasmian Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2014 di Kuala Lumpur, semalam. utusan/Farid Janudin

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Penggabungan bank mega melibatkan tiga entiti iaitu CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group), RHB Capital Bhd. (RHB Capital) dan Malaysia Building Society Bhd. (MBSB), dijangka pada suku pertama tahun depan jika mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan pemegang saham. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Ibrahim Hassan berkata, buat masa ini ketiga-tiga pihak berusaha untuk melakukan pertemuan dari segi proses kewajaran dan mesyuarat integrasi ke arah penggabungan tersebut.

Bagaimanapun katanya, perbincangan itu tidak melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau juga berkata, setakat ini belum ada sebarang cadangan penstrukturan tentang mana-mana bank yang akan menerajui penggabungan berkenaan.

“Perbincangan masih lagi berjalan sehingga kini dan kita harap boleh dicapai pada suku pertama 2015 sekiranya mendapat kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2014 kali kesembilan yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.
Muzakarah selama tiga hari itu menghimpunkan lebih daripada 450 peserta terdiri daripada penasihat syariah, ahli akademik dan profesional dari dalam dan luar negara.

Pada Oktober lalu, Bursa Securities tidak meluluskan permohonan KWSP untuk mendapatkan hak mengundi bagi menjaga kepentingan pemegang-pemegang saham yang lain.

Ini kerana KWSP boleh dianggap sebagai pemegang saham utama ketiga-tiga bank tersebut dengan 41.5 peratus kepentingan di dalam RHB Capital, 64.5 peratus dalam MBSB dan 14.5 peratus di dalam CIMB Group.

Ketiga-tiga entiti itu pada 10 Julai lalu mengumumkan memperoleh kelulusan BNM untuk memulakan rundingan bagi penggabungan.

Jika rancangan itu berjaya, ia akan membentuk sebuah bank Islam mega di samping muncul sebagai kumpulan perbankan terbesar di negara ini.

 

About Us

 
Legal
 
FAQs
Terms and Conditions
Privacy Policy
 
Connect with Us

icon-facebook twitter youtube icon

 

Partners

 directory 0105 AmanieAdvisors SDG logo unnamed amaniemedia1

AMANIE ACADEMY SDN BHD
28.1 Level 28,
Premium SOHO Binjai 8,
Lorong Binjai off Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia
Phone: + 603 2181 2156
Fax: + 603 21818448
www.amanieacademy.com 

Community of MWIFM Logo-white 2