KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Sukuk boleh memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat umum dan ia adalah sejajar dengan usaha menggalakkan idea rangkuman kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.
Beliau berkata sukuk perlu dipromosikan sebagai instrumen kewangan bukan hanya untuk memudahkan pengumpulan dana perbadanan bagi tujuan komersial tetapi juga untuk tujuan amal.
“Syarikat-syarikat perlu menangani isu kemampanan, untuk menonjolkan tujuan kejelasan yang dikongsi.
“Menekankan kepada ‘tujuan’ dan bukan keuntungan semata-mata, akan meningkatkan keyakinan perniagaan, memacu pelaburan dan membawa kejayaan jangka panjang,” katanya dalam ucapan beliau pada Persidangan Sukuk Kuala Lumpur Antarabangsa Kedua, di sini, hari ini.