Oct01

Sukuk mampu jadi pencetus pembangunan sosial
0.0/5 rating (0 votes)

Categories // Press Release

Oleh Nurhayati Abllah - BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Sukuk boleh dijadikan instrumen kewangan untuk menjana dana bagi melaksanakan pelbagai pembangunan sosial demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

FireShot Capture 26 - 20ir 1537417624.jpg 960643  - https   assets.bharian.com.my imag"Saya menjangkakan pada masa depan, sukuk harus dipromosikan sebagai instrumen kewangan, yang mana bukan saja memudahkan syarikat besar menjana dana mereka bagi tujuan komersial, malah turut boleh digunakan untuk tujuan kebajikan atau amal.

"Selaras dengan idea keseluruhan keterangkuman kewangan, pelaksanaan sukuk juga harus ditanamkan secara langsung dalam hati rakyat, terutama bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan golongan yang tidak bernasib baik terbela," katanya ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Sukuk Antarabangsa Kuala Lumpur ke-2, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sukuk boleh dijadikan platform bagi meraih dana untuk melaksanakan pembangunan lebih mapan pada masa depan seterusnya bermanfaat kepada rakyat.

Menurutnya, dengan keadaan landskap yang sentiasa berubah, terbitan sukuk perlu mengikut aliran trend terkini terutama berkaitan dengan kemampanan dan pelaburan tanggungjawab sosial, selain turut selari dengan potensi sukuk blockchain.

"Secara peribadi, saya ingin melihat seberapa pantas pasaran sukuk dapat memanfaatkan teknologi blokchain bagi menguruskan terbitan sukuk, yang meliputi kitaran hayat lengkap daripada aspek penarafan, langganan, perdagangan dan lain-lain.

"Ini kerana teknologi blockchain sudah terbukti penggunaannya dalam beberapa perkara dan ia terus matang dan berkembang, selari dengan masa," katanya.

Persidangan Sukuk Antarabangsa Kuala Lumpur ke-2 adalah anjuran bersama Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) dan Amanie Academy.

Persidangan dua hari berakhir esok itu memberi tumpuan kepada pemahaman lebih luas mengenai instrumen pasaran modal Islam iaitu sukuk.

Ia turut membincangkan potensi dan berkongsi mengenai cabaran tertentu yang dihadapi sukuk dalam persekitaran politik serta kewangan semasa.

About Us

 
Legal
 
FAQs
Terms and Conditions
Privacy Policy
 
Connect with Us

icon-facebook twitter youtube icon

 

Partners

 directory 0105 AmanieAdvisors SDG logo unnamed

AMANIE ACADEMY SDN BHD
Level 33, Menara Binjai,
No 2, Jalan Binjai,
Off Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia
Phone: + 603 2181 2156
Fax: + 603 21818448
www.amanieacademy.com 

Community of MWIFM Logo-white 2