Oct01

Sukuk boleh bantu masyarakat umum
0.0/5 rating (0 votes)

Categories // Press Release

BERNAMA.COM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Sukuk boleh memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat umum dan ia adalah sejajar dengan usaha menggalakkan idea rangkuman kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

350b233cdf37dde3e2e1003c7695ab535ba322d9e01bbBeliau berkata sukuk perlu dipromosikan sebagai instrumen kewangan bukan hanya untuk memudahkan pengumpulan dana perbadanan bagi tujuan komersial tetapi juga untuk tujuan amal.

“Syarikat-syarikat perlu menangani isu kemampanan, untuk menonjolkan tujuan kejelasan yang dikongsi.

“Menekankan kepada ‘tujuan’ dan bukan keuntungan semata-mata, akan meningkatkan keyakinan perniagaan, memacu pelaburan dan membawa kejayaan jangka panjang,” katanya dalam ucapan beliau pada Persidangan Sukuk Kuala Lumpur Antarabangsa Kedua, di sini, hari ini.

Persidangan sehari setengah itu yang bermula hari ini bertemakan “The Future of Sukuk Embracing the Fourth Industrial Revolution”.

Amiruddin berkata dengan landskap sukuk yang sering berubah-ubah, kita perlu bergerak seiring dengan trend terkini dalam terbitan sukuk, terutamanya berkaitan dengan pelaburan yang lestari dan bertanggungjawab dari segi sosial.

Beliau juga menekankan tentang penggunaan teknologi blockchain sebagai kes yang telah berbukti berjaya dan teknologi pintar yang setakat ini telah membawa kepada dunia sistem yang lebih telus.

“Selain ciri-ciri keselamatannya, yang selamat daripada penggodaman dan manipulasi, teknologi blockchain juga berfungsi menghapuskan amalan yang tidak baik dalam pasaran, kerana ia berasaskan kepada lejar diedar terbuka,” katanya.

Beliau juga berkata oleh kerana segalanya adalah baharu, dunia perlu melihat dan menghargai fungsi-fungsi model peranan itu, sambil memberi contoh pelancaran bon-i Bank Dunia baru-baru ini, instrumen hutang baharu menggunakan teknologi blockchain.

Bon dua tahun itu yang mengumpulkan A$110 juta, menandakan kali pertama pelabur menyokong bon yang dipindahkan dan diuruskan sepanjang kitaran hayatnya menggunakan teknolgi lejar diedarkan.

Amiruddin berkata beliau teruja untuk melihat sepantas mana pasaran sukuk boleh memanfaatkan teknologi blockchain untuk menguruskan terbitan sukuk, meliputi kitaran hayat lengkapnya, di samping melahirkan keyakinan ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

— BERNAMA

About Us

 
Legal
 
FAQs
Terms and Conditions
Privacy Policy
 
Connect with Us

icon-facebook twitter youtube icon

 

Partners

 directory 0105 AmanieAdvisors SDG logo unnamed

AMANIE ACADEMY SDN BHD
28.1 Level 28,
Premium SOHO Binjai 8,
Lorong Binjai off Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia
Phone: + 603 2181 2156
Fax: + 603 21818448
www.amanieacademy.com 

Community of MWIFM Logo-white 2